|
j. |
Surat-menyurat adalah dianggap telah diserahkan oleh KoPKB kepada Pelanggan
selepas tujuh (7) hari daripada tarikh penghantaran. |
|
k. |
KoPKB berhak menuntut Jumlah Pembiayaan dan Keuntungan setelah tamat tempoh
dinyatakan pada notis yang berkaitan. |
|
l. |
Segala kos berkaitan dengan pembiayaan dan lelongan Marhun, serta apa-apa
tindakan guaman hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Pelanggan. |
|
m. |
Tidak meminta KoPKB bertanggungjawab sekiranya KoPKB tidak dapat
melaksanakan keseluruhan atau sebahagian daripada mana-mana obligasinya di bawah SAG ini,
disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada kegagalan mana-mana alat mekanikal
atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian penghantaran, kegagalan elektrik,
pertikaian industri, kerajaan, atau pihak berkuasa tempatan atau apa-apa mogok, kecurian,
rompakan, boikot, sekatan, bencana alam, kekacauan sivil atau sebab di luar kawalan KoPKB.
|
|
n. |
Menerima gantirugi Marhun di atas, dalam bentuk tunai berdasarkan nilai
Marhun pada masa barang tersebut ditaksirkan pada transaksi pembiayaan yang pertama setelah
ditolak segala kos berkaitan jika berlaku kehilangan dan tidak akan membuat apa-apa tuntutan
terhadap KoPKB.
|
|
m. |
Tidak meminta KoPKB bertanggungjawab sekiranya KoPKB tidak dapat
melaksanakan keseluruhan atau sebahagian daripada mana-mana obligasinya di bawah SAG ini,
disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada kegagalan mana-mana alat mekanikal
atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian penghantaran, kegagalan elektrik,
pertikaian industri, kerajaan, atau pihak berkuasa tempatan atau apa-apa mogok, kecurian,
rompakan, boikot, sekatan, bencana alam, kekacauan sivil atau sebab di luar kawalan KoPKB.
|
|
o. |
KoPKB berhak menggabung dan menyatukan semua atau mana-mana akaun Pelanggan
dengan liabiliti kepada KoPKB dan boleh menolak selesai (set-off), apa-apa jumlah tunggakan
selepas tamat tempoh notis termasuk kos-kos berkaitan seperti dinyatakan dalam SAG dengan
memberikan notis tujuh (7) hari notis kepada Pelanggan.
|
|
p. |
Menanggung rugi KoPKB sepenuhnya daripada dan terhadap apa-apa perbelanjaan
termasuk kos-kos guaman atas dasar peguam cara dan pelanggan, kehilangan, kerugian, tuntutan
atau liabiliti (dimana jumlah dalam perakuan KoPKB akan, tanpa kesilapan yang nyata,
dianggap sebagai muktamad) walau apa jua aspek sekalipun yang mungkin ditanggung atau
dialami oleh KoPKB akibat tuntutan oleh pihak ketiga berkaitan Marhun atau dalam
menguatkuasakan atau dalam usahanya menguatkuasakan bayaran-bayaran dan dalam
menguatkuasakan Terma dan Syarat SAG ini.
|
|
q. |
Mengesahkan bahawa beliau telah membaca, memahami serta bersetuju dengan
Notis Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 sesawang rasmi KoPKB : www.arrahn.com.my.
|
|
r. |
Memberi hak mutlak kepada KoPKB, atas budi bicara KoPKB dan tanpa notis lain
kepada Pelanggan, untuk menjual, menyerah, menovasi dan/atau memindah hak dan kepentingan
atas SAG ini, menurut sebarang transaksi yang mungkin dimeterai oleh KoPKB dan jika notis
pertu diberikan kepada Pelanggan menurut undang-undang, terma ini adalah notis yang
diperlukan itu dan memadai.
|
|
s. |
KoPKB boleh meminda/menambah syarat ini dari semasa ke semasa dengan
memberikan dua puluh satu (21) hari notis kepada Pelanggan.
|
|
|
2. |
Cara Bayaran: |
|
a. |
Jumlah Pembiayaan, Bayaran Keuntungan dan Bayaran Ujrah hendaklah dibayar
pada Tarikh Matang (6 bulan). Walaubagaimanapun, pihak KoPKB atas budi bicara boleh
melanjutkan tempoh pembayaran balik kepada Tarikh Matang (Lanjutan) sekiranya Pelanggan
membayar jumlah keuntungan pertama pada Tarikh Matang (6 bulan). |
|
b. |
Keuntungan dan Ujrah hendaklah dibayar seperti tarikh berikut:- |
| KETERANGAN MARHUN |
PERTAMA |
KEDUA(jika berkenaan) |
| Tarikh |
Sebelum/pada |
Sebelum/pada |
| Kadar Keuntungan(1%) |
|
|
| Ujrah (Penyimpanan Marhun) |
|
|
|
c. |
Notis peringatan akan dihantar tiga puluh (30) hari dari tarikh tempoh
bayaran Keuntungan dan empat belas (14) hari sebelum Tarikh Matang (yang berkenaan). |
|
3. |
Jika Pelanggan gagal membayar Jumlah Pembiayaan, Keuntungan dan
Ujrah: |
|
a. |
Marhun akan dilelong atau dijual. KoPKB akan membatalkan lelongan Marhun
sekiranya Pelanggan membayar tunggakan Pembiayaan, Keuntungan dan Ujrah sepenuhnya sebelum
tamat tempoh lelongan yang ditetapkan. |
|
b. |
Pelanggan hendaklah membayar jumlah terkurang daripada hasil lelongan atau
jualan (jika ada), kos-kos tuntutan, dalam tempoh 14 hari daripada tarikh tuntutan oleh
KoPKB termasuk dan tidak terhad kepada kos lelongan, kos guaman serta kos yang berkaitan
dengan tindakan undang-undang yang akan diambil. |
|
c. |
Sebarang lebihan hasil lelongan atau jualan (jika ada) setelah ditolak
jumlah Pembiayaan, Keuntungan dan Ujrah tertunggak dan kos-kos berkaitan di para 3(b) akan
dikembalikan kepada Pelanggan. |
|
d. |
Setelah tamat tempoh empat belas (14) hari tersebut, KoPKB berhak untuk
mengambil apa-apa tindakan undang-undang yang difikirkan wajib bagi menuntut kos-kos yang
berkaitan atas kemungkiran Pelanggan seperti di para 3(b). |
|
4. |
Pelanggan akan diberikan Ibra’ (Rebat) pada hari penyelesaian
pembiayaan berdasarkan polisi dan prosedur semasa KoPKB yang akan dikira mengikut
formula seperti berikut:- |
IBRA' (REBAT) |
= |
BEZA MARGIN
MAKSIMUM MARGIN |
X |
UJRAH |
|
5. |
KoPKB berhak mengambil apa-apa tindakan undang-undang termasuk untuk
melelong atau menjual Marhun yang digadaikan sekiranya: |
|
a. |
Pelanggan gagal dan/ingkar menjelaskan Pembiayaan, Keuntungan dan Ujrah pada
tarikh yang ditetapkan.
|
|
b. |
Pelanggan disahkan mati atau tidak siuman jika melebihi tempoh matang
(mana-mana berkenaan).
|
|
c. |
Pelanggan melanggar mana-mana syarat dalam SAG ini dan apa-apa arahan
KoPKB yang berkaitan dengannya dari masa ke masa. |
|