| SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN |
|
1. |
Pelanggan bersetuju:
|
|
a. |
Bahawa Marhun yang dibiayai adalah milik mutlaknya; |
|
b. |
Membiayai Marhun seperti di dalam keterangan Marhun
sebagai cagaran kepada pembiayaan ini; |
|
c. |
Bagi Marhun yang mempunyai batu permata, pihak KoPKB akan
mengasingkan batu permata tersebut semasa penilaian emas dibuat atau pelanggan diberi hak
untuk mengeluarkan sendiri batu permata di mana-mana kedai yang difikirkan patut sebelum
pembiayaan dilakukan;
|
|
d. |
Apa-apa kerosakan yang wujud hasil dari pengasingan batu permata dari marhun
adalah bukan dibawah tanggungjawab KoPKB;
|
|
e. |
Membayar Pembiayaan, Keuntungan dan Lain-Lain Caj yang diberi mengikut dalam tempoh
seperti di SAG ini;
|
|
f. |
Tertakluk kepada pembayaran penuh Harga Jualan, Pelanggan perlu hadir
sendiri menyelesaikan pembiayaan;
|
|
g. |
Sekiranya Penyelesaian Pem. dilakukan melalui lantikan wakil,
pelanggan perlu membawa dokumen berikut:
|
|
|
i. |
Surat Pelantikan Wakil yang telah diisi dan ditandatangan oleh pelanggan
asal;
|
|
|
ii. |
SAG asal.
|
|
|
iii. |
Salinan kad pengenalan pelanggan dan kad pengenalan wakil yang dilantik.
|
|
h. |
Semakan fizikal Marhun hanya boleh dibuat di cawangan asal di mana
pembiayaan dilakukan;
|
|
i. |
Membenarkan pihak KoPKB untuk mendedahkan apa-apa maklumat peribadi atau
dokumen berkenaan pembiayaan dan pembiayaan Marhun Pelanggan kepada mana-mana pihak ketiga yang
difikirkan wajar termasuk tetapi tidak terhad kepada:
|
|
|
i. |
Pihak-pihak yang dibenarkan di bawah Seksyen 120 Akta Institusi Kewangan
Pembangunan 2002;
|
|
|
ii. |
Anak syarikat KoPKB dan/atau mana-mana syarikat di bawah kumpulan KoPKB; dan
|
|
|
iii. |
Mana-mana syarikat atau institusi bagi tujuan pelaksanaan
konsep Syariah dan pembelian/penjualan komoditi;
|
|
j. |
Membenarkan kepada pihak KoPKB atau mana-mana ejen yang dilantik oleh KoPKB
untuk membuka sampul/paket pembiayaan
tanpa kehadiran Pelanggan untuk tujuan semakan emas;
|
|
k. |
Kecuali Notis Tuntutan Terakhir yang akan diserahkan melalui pos berdaftar,
segala notis dan surat-menyurat hendaklah diserahkan melalui pos biasa di alamat tersebut di
atas atau alamat terkini yang dimaklumkan oleh Pelanggan melalui notis bertulis, ataupun
emel (SMS dan emel hendaklah dihantar ke nombor atau alamat
emel yang disahkan oleh KoPKB);
|
|
l. |
Surat menyurat adalah dianggap telah diserahkan oleh KoPKB
kepada Pelanggan selepas tujuh (7) hari daripada tarikh
penghantaran;
|
|
m. |
KoPKB berhak menuntut Jumlah Pembiayaan, Keuntungan dan
Lain-Lain Caj setelah tamat tempoh yang dinyatakan pada notis berkaitan;
|
|
n. |
Segala kos berkaitan dengan pembiayaan dan lelongan Marhun, serta apa-apa
tindakan guaman hendaklah ditanggung sepenuhnya
oleh Pelanggan;
|
|
o. |
Tidak meminta KoPKB bertanggungjawab sekiranya KoPKB tidak
dapat melaksanakan keseluruhan atau sebahagian daripada mana- mana obligasinya di bawah SAG
ini, disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada kegagalan mana-mana alat
mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian penghantaran, kegagalan elektrik,
pertikaian industri, kerajaan, atau pihak berkuasa tempatan atau apa-apa mogok, kecurian,
rompakan, boikot, sekatan, bencana alam, kekacauan sivil atau sebab di luar kawalan KoPKB;
|
|
p. |
Menerima gantirugi Marhun di atas, dalam bentuk tunai berdasarkan nilai
Marhun pada masa barang tersebut ditaksirkan pada transaksi pembiayaan yang pertama setelah
ditolak segala kos berkaitan jika berlaku kehilangan dan tidak akan membuat apa- apa
tuntutan terhadap KoPKB;
|
|
q. |
KoPKB berhak menggabung dan menyatukan semua atau mana- mana akaun Pelanggan
dengan liabiliti kepada KoPKB dan boleh menolak selesai (set-off), apa-apa jumlah tunggakan
selepas tamat tempoh notis termasuk kos-kos berkaitan seperti dinyatakan dalam SAG dengan
memberikan notis tujuh (7) hari kepada Pelanggan; |
|
r. |
Menanggung rugi KoPKB sepenuhnya daripada dan terhadap apa- apa perbelanjaan
termasuk kos-kos guaman atas dasar peguam cara dan pelanggan, kehilangan, kerugian, tuntutan
atau liabiliti (dimana jumlah dalam perakuan KoPKB akan, tanpa kesilapan yang nyata,
dianggap sebagai muktamad) walau apa jua aspek sekalipun yang mungkin ditanggung atau
dialami oleh KoPKB akibat tuntutan oleh pihak ketiga berkaitan Marhun atau dalam
menguatkuasakan atau dalam usahanya menguatkuasakan bayaran-bayaran dan dalam
menguatkuasakan Terma dan Syarat SAG ini; |
|
|
s. |
Mengesahkan bahawa telah membaca, memahami serta bersetuju dengan Notis Akta
Perlindungan Data Peribadi 2010 di laman sesawang rasmi KoPKB: https://www.koppkb.com/ ;
|
|
t. |
Memberi hak mutlak kepada KoPKB, atas budi bicara KoPKB dan tanpa notis lain
kepada Pelanggan, untuk menjual, menyerah, menovasi dan/atau memindah hak dan kepentingan
atas SAG ini, menurut sebarang transaksi yang mungkin dimeterai oleh KoPKB dan jika notis
perlu diberikan kepada Pelanggan menurut undang- undang, terma ini adalah notis yang
diperlukan itu dan memadai; |
|
u. |
KoPKB boleh meminda/menambah syarat ini dari semasa ke semasa dengan
memberikan dua puluh satu (21) hari notis kepada Pelanggan; |
|
2. |
Jika Pelanggan gagal membayar Jumlah Pembiayaan, Keuntungan dan
Lain-Lain Caj: |
|
a. |
Marhun akan dilelong atau dijual. KoPKB akan membatalkan
lelongan Marhun sekiranya Pelanggan membayar tunggakan Pembiayaan, Keuntungan dan Lain-Lain Caj
sepenuhnya tiga (3) hari sebelum tarikh lelongan; |
|
b. |
Pelanggan hendaklah membayar jumlah terkurang daripada hasil lelongan atau
jualan (jika ada), kos-kos tuntutan, dalam tempoh 14 hari daripada tarikh tuntutan oleh
KoPKB termasuk dan tidak terhad kepada kos lelongan, kos guaman serta kos yang berkaitan
dengan tindakan undang-undang yang akan diambil; |
|
c. |
Sebarang lebihan hasil lelongan atau jualan (jika ada) setelah ditolak
Jumlah Pembiayaan, Keuntungan dan tertunggak dan kos-kos berkaitan akan dikembalikan
kepada Pelanggan; |
|
d. |
Setelah tamat tempoh empat belas (14) hari tersebut, KoPKB berhak untuk
mengambil apa-apa tindakan undang-undang yang difikirkan patut bagi menuntut kos-kos yang
berkaitan atas kemungkiran Pelanggan; |
|
3. |
Pelanggan akan diberikan Ibra’ (Rebat) pada hari Penyelesaian Pem.
berdasarkan polisi dan prosedur semasa KoPKB yang akan dikira mengikut formula seperti
berikut:- |
IBRA' (REBAT) |
= |
BEZA MARGIN
MAKSIMUM MARGIN
|
X |
LAIN-LAIN CAJ |
|
4. |
KoPKB berhak mengambil apa-apa tindakan undang-undang termasuk untuk
melelong atau menjual Marhun yang dibiayaikan sekiranya: |
|
a. |
Pelanggan gagal dan/ingkar menjelaskan Pembiayaan,
Keuntungan dan Lain-Lain Caj pada tarikh yang ditetapkan;
|
|
b. |
Pelanggan disahkan mati atau tidak siuman jika melebihi
tempoh matang atau tempoh lanjutan;
|
|
c. |
Pelanggan melanggar mana-mana syarat dalam SAP ini dan
apa-apa arahan KoPKB yang berkaitan dengannya dari masa ke masa. |
|
d. |
Sekiranya Pelanggan mempunyai sebarang pertanyaan atau
aduan, anda boleh menghubungi kami sebagaimana berikut: |
| Koperasi Permodalan Kelantan Berhad |
| Lot PT 448, Tingkat 1, Jalan Kuala Krai, Batu 3, |
| Wakaf Che Yeh, 15150 Kota Bharu, Kelantan. |
| No. Tel:
09-7414331/4334 |
| Fax: 09-7414330
|
| Email:
customercare@koppkb.com |
| Tandatangan
Pelanggan |
|