|
j. |
Membenarkan kepada pihak KoPKB atau mana-mana ejen yang dilantik oleb KoPKB
untuk membuka sampul/paket pembiayaan tanpa kehadiran Pelanggan untuk tujuan semakan emas.
|
|
k. |
Kecuali Notis Tuntutan Terakhir yang akan diserahkan melalui pos
berdaftar, segala notis dan surat-menyurat hendaklah diserahkan melalui pos biasa di alamat
tersebut di atas atau alamat terkini yang dimaklumkan oleh Pelanggan melalui notis bertulis,
ataupun emel (SMS dan emel hendaklah dihantar ke nombor atau alamat emel yang disahkan oleh
KoPKB). |
|
l. |
Surat-menyurat adalah dianggap telah diserahkan oleh KoPKB kepada Pelanggan
selepas tujuh (7) hari daripada tarikh penghantaran. |
|
m. |
KoPKB berhak menuntut Jumlah Pembiayaan dan Keuntungan setelah tamat tempoh
dinyatakan pada notis yang berkaitan.
|
|
n. |
Segala kos berkaitan dengan pembiayaan dan lelongan Marhun, serta apa-apa
tindakan guaman hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Pelanggan.
|
|
o. |
Tidak meminta KoPKB bertanggungjawab sekiranya KoPKB tidak dapat melaksanakan
keseluruhan atau sebahagian daripada mana-mana obligasinya di bawah SAG ini, disebabkan
secara langsung atau tidak langsung daripada kegagalan mana-mana alat mekanikal atau
elektronik, sistem pemprosesan data, talian penghantaran, kegagalan elektrik, pertikaian
industri, kerajaan, atau pihak berkuasa tempatan atau apa-apa mogok, kecurian, rompakan,
boikot, sekatan, bencana alam, kekacauan sivil atau sebab di luar kawalan KoPKB.
|
|
p. |
Menerima gantirugi Marhun di atas, dalam bentuk tunai berdasarkan nilai
Marhun pada masa barang tersebut ditaksirkan pada transaksi pembiayaan yang pertama setelah
ditolak segala kos berkaitan jika berlaku kehilangan dan tidak akan membuat apa-apa tuntutan
terhadap KoPKB.
|
|
q. |
PKB berhak menggabung dan menyatukan semua atau mana-mana akaun Pelanggan
dengan liabiliti kepada KoPKB dan boleh menolak selesai (set-off), apa-apa jumlah tunggakan
selepas tamat tempoh notis termasuk kos-kos berkaitan seperti dinyatakan dalam SAG dengan
memberikan notis tujuh (7) hari kepada Pelanggan.
|
|
r. |
Menanggung rugi PKB sepenuhnya daripada dan terhadap apa-apa perbelanjaan
termasuk kos-kos guaman atas dasar peguam cara dan pelanggan, kehilangan, kerugian, tuntutan
atau liabiliti (dimana jumlah dalam perakuan KoPKB akan, tanpa kesilapan yang nyata, dianggap
sebagai muktamad) walau apa jua aspek sekalipun yang mungkin ditanggung atau dialami oleh
PKB akibat tuntutan oleh pihak ketiga berkaitan Marhun atau dalam menguatkuasakan atau dalam
usahanya menguatkuasakan bayaran-bayaran dan dalam menguatkuasakan Terma dan Syarat SAG ini.
|
|
s. |
Mengesahkan bahawa beliau telah membaca, memahami serta bersetuju dengan
Notis Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 sesawang rasmi KoPKB: www.koppkb.com.
|
|
t. |
Memberi hak mutlak kepada KoPKB, atas budi bicara KoPKB dan tanpa notis lain
kepada Pelanggan, untuk menjual, menyerah, menovasi dan/atau memindah hak dan kepentingan
atas SAG ini, menurut sebarang transaksi yang mungkin dimeterai oleh KoPKB dan jika notis
pertu diberikan kepada Pelanggan menurut undang-undang, terma ini adalah notis yang
diperlukan itu dan memadai.
|
|
u. |
PKB boleh meminda/menambah syarat ini dari semasa ke semasa dengan
memberikan dua puluh satu (21) hari notis kepada Pelanggan.
|
|
|
2. |
Cara Bayaran: |
|
a. |
Jumlah Pembiayaan, Bayaran Keuntungan dan Bayaran Lain - lain Caj hendaklah dibayar
pada Tarikh Matang (6 bulan). Walaubagaimanapun, pihak KoPKB atas budi bicara boleh
melanjutkan tempoh pembayaran balik kepada Tarikh Lanjutan (6 bulan) sekiranya Pelanggan
membayar jumlah keuntungan pertama pada Tarikh Matang (6 bulan) |
|
b. |
Keuntungan dan Lain - lain Caj hendaklah dibayar seperti tarikh berikut:- |
| BAYARAN |
Tempoh Matang (6 bulan) |
Tempoh Lanjutan (6 Bulan) |
| TARIKH AKHIR BAYARAN |
Sebelum/pada
{{ date('d-m-Y', strtotime($gadai_detail['t_matang'])) }}
|
Sebelum/pada
{{ date('d-m-Y', strtotime($gadai_detail['t_matang1'])) }}
|
| KEUNTUNGAN (1%) |
RM {{ number_format($gadai_detail['onepercent'] * 6, 2) }} |
RM {{ number_format($gadai_detail['onepercent'] * 6, 2) }} |
|
c. |
Notis peringatan akan dihantar tiga puluh (30) hari dari tarikh tempoh
bayaran Keuntungan dan empat belas (14) hari sebelum Tarikh Matang (yang berkenaan). |
|
3. |
Jika Pelanggan gagal membayar Jumlah Pembiayaan, Keuntungan dan
Lain - lain Caj: |
|
a. |
Marhun akan dilelong atau dijual. KoPKB akan membatalkan lelongan Marhun
sekiranya Pelanggan membayar tunggakan Pembiayaan, Keuntungan dan Lain - lain Caj sepenuhnya dua hari
sebelum tarikh lelongan. |
|
b. |
Pelanggan hendaklah membayar jumlah terkurang daripada hasil lelongan atau
jualan (jika ada), kos-kos tuntutan, dalam tempoh 14 hari daripada tarikh tuntutan oleh KoPKB
termasuk dan tidak terhad kepada kos lelongan, kos guaman serta kos yang berkaitan dengan
tindakan undang-undang yang akan diambil. |
|
c. |
Sebarang lebihan hasil lelongan atau jualan (jika ada) setelah ditolak
jumlah Pembiayaan, Keuntungan dan Lain - lain Caj tertunggak dan kos-kos berkaitan di para 3(b) akan
dikembalikan kepada Pelanggan. |
|
d. |
Setelah tamat tempoh empat belas (14) hari tersebut, KoPKB berhak untuk
mengambil apa-apa tindakan undang-undang yang difikirkan wajib bagi menuntut kos-kos yang
berkaitan atas kemungkiran Pelanggan seperti di para 3(b). |
|
4. |
Pelanggan akan diberikan Ibra’ (Rebat) pada hari penyelesaian
pembiayaan berdasarkan polisi dan prosedur semasa KoPKB yang akan dikira mengikut
formula seperti berikut:- |
IBRA' (REBAT) |
= |
BEZA MARGIN
MAKSIMUM MARGIN
|
X |
LAIN - LAIN CAJ |
|
5. |
KoPKB berhak mengambil apa-apa tindakan undang-undang termasuk untuk
melelong atau menjual Marhun yang digadaikan sekiranya: |
|
a. |
Pelanggan gagal dan/ingkar menjelaskan Pembiayaan, Keuntungan dan Lain - lain Caj pada
tarikh yang ditetapkan.
|
|
b. |
Pelanggan disahkan mati atau tidak siuman jika melebihi tempoh matang
(mana-mana berkenaan).
|
|
c. |
Pelanggan melanggar mana-mana syarat dalam SAG ini dan apa-apa arahan
KoPKB yang berkaitan dengannya dari masa ke masa. |
|